Tuesday, February 14, 2012

Doakan Syria




Tiada kata terucap.

Ya Allah, bantulah mereka..
Ribuan mati disembelih dan dibom oleh rejim Syria yang tak berperikemanusiaan.

Tolong doakan mereka!

Sunday, February 5, 2012

Coretan Cintaku..


Dia pernah mencintaimu.


Lidah terkelu saat perkataan itu menerpa penglihatan. Subhanallah, masyaAllah. Kepala tunduk. Sebak memenuhi ruang.


Bukan pertama kali perkataan itu menerjah ruang pemikiran. Bukan pertama kali juga aku mendengar perkataan sebegitu.


Dia pernah mencintaimu.


Subhanallah. Maha Puji Allah. Ya Allah, Kau telah menciptakan manusia sebegini hebat. Mencintai manusia lainnya lebih dari dirinya. Khudwah hasanah yang terbesar dalam Islam. Model terunggul seluruh alam.


Dia pernah mencintaimu.


Hakikatnya, sayu hati mendengar kalimah itu. Insan hebat dambaan ummat itu mencintai manusia yang tidak pernah ditemui. Manusia yang disebutnya sebagai 'Ikhwannya'. Manusia yang juga sama sekali tak pernah bertemu dengannya tetapi mencintainya.

Keterbalikan cinta ini mengundang pelik, tapi perasaannya harmoni sekali. Rasa yang hadir dari hati itu, manakan boleh diungkap dengan kata-kata? Sayu, rindu, kasih, bercampur-baur. Rindu akan sebuah pertemuan.


Dia mencintaimu. Tulus.


Air mata sudah bergenangan. Hati sebak. Mulut tidak terkata. Ada orang mencintai kita dengan sebenar cinta. Masakan hati langsung tak terusik, akal tak menerima?


Ada orang yang mencintai kita. Sebelum kita jejak dimuka bumi lagi.
Ada orang yang saban waktu mendoakan kita dengan doa mustajabnya.
Ada orang yang akhir harinya merisaukan keadaan kita yang belum pernah ditemuinya.

Percayalah, ada orang yang pernah buat semua itu untuk kita.


Yakinlah, ada orang yang sayang dan kasihkan kita.


Adakah hatimu tak bergetar dengan getaran cintanya?


Tangan mengesat hidung yang mula berair.

Dia pernah mencintaimu.


Ya Allah..


Aku tak tau sama ada aku adalah antara golongan yang dirindui Rasulullah itu. Sungguh. Aku tak tahu. Tapi aku sangat berharap agar aku adalah 'saudara' yang dirindui itu. Sangat.

Kalau ditanya perasaanku, terus terang aku katakan aku tak tahu cinta yang bakal aku balas sehebat cintanya.

Hati yang bakal aku beri, sesuci hatinya.

Rindu yang aku kirimkan sehebat rindunya.


Rasa tak layak untuk mengatakan cinta, rindu, kasih padanya. Sungguh.


Tapi untuk menggalas tanggungjawabnya,
Penerus usahanya,
Pengamal sunnah-sunnahnya,
Penyampai kata-katanya,
Mencontohi tauladan dan khudwahnya..


Aku tengah berusaha. Walau mungkin tak sempurna. Walau mungkin tak sehebat mana.

Agar suatu hari nanti bakal kusiapkan cinta.

Hanya untuk Allah dan dia.

Insya Allah.



Ya Rasulullah, Kau tinggalkan kami warisan yang abadi.
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merinduimu~




Tuesday, January 31, 2012

Islah!

Salam alaik,

Procrastination is a thief of time. ok, right.

So, tanpa menangguh lagi, aku kuatkan jiwa untuk menulis. >.<
( Waduh, susah bangat ni nak spend masa yang mahal ni untuk menulis! exam kot!)

Takpe2, nak lepaskan gian sat. sat saja okey?


Bismillah~

Islah. Pengislahan. Selalu sangat perkataan itu disebut.
Mulut yang satu ini pun tak terlepas menyebutnya.

Apa itu islah? Apa itu pengislahan?

Islah = baiki, pengislahan = pembaikan.

Islah nafsak, wad'u ghairak = perbaiki diri dan serulah orang lain!

Yup, ayat yang selalu guna. Nak beritahu pentingnya 2 perkara itu berjalan seiringan. perbaiki diri dan serulah orang lain!

Perbaiki diri sampai jangan lupa untuk menyeru orang lain, serulah orang lain dan perbaikilah diri sendiri!

Huh!

Ada banyak perkara yang kita nak dalam dunia ni jadi perfect, sempurna. Tapi kita tak mampu untuk melakukannya.

Ada banyak perkara yang kita nak perbetulkan tapi kadang2 semua itu jauh daripada jangkauan kita..

Ada banyak perkara yang kita mahu tapi tak semuanya kita boleh dapat.

Ada banyak perkara yang kita nak orang lain faham tapi kita tak boleh buat diorang faham.

Ada banyak perkara yang kita nak orang lain buat, tapi diorang tak buat.

Ada banyak perkara..


Terlalu banyak perkara..

Dan semuanya kita tak dapat nak control..

Tak boleh..

~
Islah nafsak.

Semuanya bermula dengan diri sendiri. Tengok orang lain tak respon dengan kita dengan sepatutnya, rasa ukhwah hambar, rasa penyakit jiwa datang, rasa lemah (baca=futur), rasa iri hati, rasa sakit jiwa, rasa nak makan orang, rasa nak tampar - ok, stop disitu. Enough.


Islah nafsak.

Rasa orang lain tak berubah-ubah, rasa macam dah takde peluang, rasa macam maksiat ada saja dimana-mana, Islam dan jahiliyah saling berlawan, yang sana dengan couplenya, yang sini dengan auratnya. Rasa macam takda harapan.

Islah nafsak.

Rasa pelik dengan dunia ini. Pelik atas kepelikan yang berlaku. Dan bermacam-macam lagi perasaan yang dirasa.

Atas kepenatan melihat semua perkara diatas terjadi, aku ditemukan Allah dengan satu jawapan.


Islah nafsak.


Mungkin sebab aku lupa akan 'Islah nafsak' itu sebelum 'wad'u ghairak'.

Sebab itu dakwah tak jalan.

Duk sibuk ajak orang kepada Islam, kepada Allah.
Tapi diri sendiri lupa.

Bila orang tak ikut, rasa kecewa, rasa frust, rasa penat.
Tapi lupa, diri sendiri yang puncanya.


Astaghfirullah...-sapu muka-


Ya Allah, dosa akukah yang menyebabkan perkara diatas berlaku?
Dosa-dosa akukah yang menyebabkan orang lain terhijab hidayahnya?

Naudzubillah. Jangan sebab aku ya Allah. Jangan kerana aku dakwah itu tak berjalan.

Jangan kerana dosaku ya Allah, orang lain tak merasa manisnya Islam itu.


Jangan kerana aku.. -air mata laju-


*******

Teringat kisah zaman nabi Musa. Masa tu kemarau panjang. Jadi Nabi Musa dan umatnya berkumpul di suatu tempat yang luas, dan berdoa agar diturunkan hujan. Nabi Musa, sepertimana yang kita tahu, mempunyai kelebihan untuk berbicara terus dengan Allah.

Nabi Musa pun berdoalah meminta agar diturunkan hujan. Namun langit masih cerah. Tiada langsung walau segumpal awan.

Nabi Musa berdoa lagi.

Tiba-tiba Allah berfirman kepadanya, “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kamu sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40 tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kamu”.

Semua orang saling berpandangan. Mencari siapakah orang yang dimaksudkan.

Memang benar ada seorang yang dimaksudkan itu berada di kalangan mereka.

Dalam hati si pelaku maksiat, “Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan turun”.

Dalam keadaan serba salah tu, air mata dia mula menitis, menyesali perbuatan maksiatnya.

“Ya Allah, Aku telah bermaksiat kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku”.

Tak lama setelah pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa hairan, “Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami, namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia”.

Allah berfirman, “Aku menurunkan hujan kepada kamu oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak turun telah bertaubat kepadaKu”.~

credit cerita.






Jangan kerana seorang, semua ter'effect'. Dan yang paling takut, janganlah orang itu aku.

Sunday, January 22, 2012

Radiology~

“Mencari ilmu itu wajib atas setiap muslim”. (HR. Ahamad dan Ibnu Majah)



Salam alaik~


Exam kali ini Radiology.-24 January 2012, InsyaAllah.

Err, sebenarnya tinggal lagi 2 hari nak exam. tapi kalau ikutkan lebih kurang dalam 24 jam je lagi la dari sekarang. (*_*) (tgh rehat2 jap..heee)


Mereka2 yang telah buat radiology mengatakan exam radio nie bukanlah susah sangat. (yeke?) Aah, tak susah pun kata mereka. Boleh je lepas insyaAllah..


So? apa point yang nak ko sampaikan kella?

Eheh..(-o-') meaning insyaAllah la kan..

InsyaAllah ape nyer?

err, boleh la kan.. lepas kan..

Oho......BOLEH! tapi dengan syarat, BERUSAHA!

dah, dah! pi bace balik buku! Ingat, bace bukan sebab nak pass exam, tapi sebab nak jadi doktor yang baik, dan yang paling penting. bace kerana Allah!

okey?!


Erk.. xde niat pun nak kata tak usaha...(*_*')
*dush*dush*

Usaha sehabis baik, kay~
lillah!

Friday, January 13, 2012


What? 13 Januari dah? Where's your post? I mean your every-year-birthday post?

:P

Well, not a big deal pun kalau tak ada post tentang tu kan?

Ke perlu ada?


Hahha..


Right, kena ada. for me. For my Journey. For this blog.

Ok, so sekarang kena tutup buku radiology sat, ataupun kena berhenti fikir nama ubat sat.

Kita tulis ok? Puas? :)




Bismillah~

Allah, Alhamdulillah..

Apa lagi nak ucap dikala meraih lagi satu kenaikan angka dalam carta umur?
Subhanallah, sampai jugak aku pada umur 23 ni.

Dulu muda-muda selalu fikir2 target umur nak buat apa, nak capai apa. Dan sekarang umur ini dah sampai.

23 tahun..

Senyum lebar.


(Eh, tapi betul nie tak tahu nak cakap apa.
Sebab tu taktau nak post apa.)

Senyum je lah eh.


Moga terus senyum untuk hari-hari yang akan datang dalam hidupku..


~~#Ya Allah, andai rapuh langkah ini,#~~
kuatkanlah..

Andai tersimpang langkah ini,
bimbingku kembali,

andai tersungkur jatuh sebelum sampai tujuannya,
moga himmah untuk bangkit masih ada dalam dada..

andai tersesat,
tunjukkanlah arah mana yang perlu kutuju..



~~~###~~~

Mengharapkan tahun ini lebih atau sangat-lebih-baik dari tahun-tahun sebelumnya.


terharu dengan ucapan wish-list yang berderet panjang dalam mukabuku.


apa lagi yang membahagiakan aku daripada mendapat teman-teman seperti mereka?

keluarga seperti mereka?

owh, mereka sungguh osemmm (^^)V


Alhamdulillah ya Allah..




Jagalah hatiku ya Allah,
Ampunilah dosaku ya Allah,
Tetapkan hatiku pada agamaMu ya Allah,


dan jadikan aku dan anak keturunanku kelak orang yang mewarisi agamaMu ya Allah
(doa Nabi Ibrahim)


"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu, dan anak cucu kami(juga) umat yang berserah diri kepadaMu,
dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara melakukan ibadah kami, dan terimalah taubat kami.
Sungguh, Kaulah Yang Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang."

Al-Baqarah;128




Moga Allah redha selalu~ dan aku juga redha...

Photobucket