Monday, October 31, 2011

Manja


"Orang yang nak bawa dakwah dan tarbiyah ni tak boleh manja.."

Bibir memuncung automatik bila ayat itu sampai ke telinga. Hati protes. ' Nak manja pun tak boleh.. alahai~'

Bukan pertama kali aku dengar ayat tu. Lama dahulu dah pernah dengar dah. Dah pernah hadam dalam fikiran dah. Tapi taktahu kenapa kali nie bila ayat itu dilantunkan kembali, rasa nak rebel pulak..

Manja. Dulu aku taktahu aku ada sifat itu. Bila mak mengatakan sendiri sikapku, aku sedikit tersentak.

" Anak mak yang paling manja kila la. Nak tegur sikit pun tak boleh. Cepat betul nak merajuk."

Aku ketawa bila dengar kata mak. Manja rupanya aku nie. Tak boleh terima sebenarnya sebab aku sendiri tahu aku ada gaya brutal sikit. :) Ada jiwa kental sikit. (hehe)

Tapi bila aku tahu dan sedar, sikap manja itu terbawa-bawa. Manja dengan kawan-kawan, manja dengan kakak-kakak, manja dengan emak, manja dengan arwah abah, manja dengan anak buah, manja dengan sesiapa saja yang aku rapat. Manja.

Ia spontan. Takde sempat nak fikir 2-3 kali untuk jadi manja. Takde nak buat-buat manja. Memang manja. Real..


So, bila ayat atas sekali merujuk kepada orang yang manja, aku sedikit terasalah. Walaupun aku faham ayat itu tak merujuk kepada orang yang manja asli, tapi sebenarnya merujuk kepada orang yang buat-buat manja (yeke?) tapi aku still terasa.

Ke ia merujuk kepada 2-2 jenis manja?

" Orang yang nak bawa dakwah dan tarbiyah ni tak boleh manja.."

Manja dalam istilah main-main buat kerja
Manja yang bermakna tak serius
Manja yang merujuk kepada malas berdikari
Manja yang bermaksud tak tahan ujian
Manja yang sama erti dengan mengada-ngada
Manja yang kena duk perhati 24 jam

Manja..

Manja ke aku nie?

Orang manja nie sukakan perhatian. Aku suka ker? Kadang-kadang aku rimas jugak kalau selalu orang beri perhatian. Dan aku bukanlah orang yang suka menempel kat orang lain, kecuali dia seorang teman yang rapat. Hurm..

Aku taktahulah.. Mungkin manja yang aku ada nie seperti yang mak aku katakan. Tak boleh kena tegur, mesti terasa. Tak boleh kena marah, mesti tak mahu kawan. Tapi itu bukan semua orang pun ada ker?

Manja betul semua orang. :P


Tapi memang aku manja la. Hari tu aku tengah daurah tapi asyik rasa nak balik je. Siap cakap terang-terang yang tak tahan tu. Alahai, kella~ behave la.. nak jadi mak orang dah perangai macam budak kecil. (eheh~)Bukannya tak pernah berdaurah lebih dari 3 hari. Tu pun mengada-ngada. Kan? Mintak maaf la kakak2 kalau terasa hati denganku~~ emosi tak stabil, asyik teringatkan rumah..


Aku nie memang manja la kan. Kena rotan lenkali nie. Tapi kalau sekali sekala, boleh kot? :))

~ Bagiku...
Manja pun satu fitrah manusia yang ada untuk sama-sama berkasih-sayang, tapi ia perlu dihadkan dalam kadar tertentu sesuai dengan keadaan, masa dan usia~

Manja tak salah, cuma pembawaannya perlu dihadkan. Kalau semua orang nak manja time buat kerja dakwah, alamatnya dakwah takkan sampai kemana-mana. Bukan setakat kerja dakwah, kerja biasa pun takkan sampai ke 'expectation'nya.

Dakwah dan tarbiyah tak perlukan orang yang manja, tapi perlukan orang yang cekal hati, yakin diri, dan tak mudah berputus asa. Sebab jalan ini tak ditaburi dengan haruman kelopak bunga mawar, bahkan ditaburi dengan duri-duri yang tajam menikam.

Jadi orang yang manja tidak sesuai. Benar-benar tak sesuai. Kalau dia nak lalu jugak, dia tak akan tahan.

Sebab susah.

Sebab tu kena tarbiyah. Sebab tu kena basuh. Sebab tu kena doktrinkan dalam fikiran.

Tarbiyah tak perlukan orang manja..



So,Jangan jadi manja, okey!
(manja sikit-sikit boleh~hihi)

Behave! ^__^



Tuesday, October 18, 2011

Dunia baru.

Salam alaik~


Lebih 2 minggu kelas dah berlangsung. Kesibukan jelas nampak, sampaikan tak sempat nak update blog nie.. (betulke?hehe) Malas nak update sebenarnya.. Memang terlalu banyak peristiwa new 4th year nie.. Baru 2 minggu, tapi rasanya bagai dah sebulan disini. Sampai kadang2 rasa macam tak pernah bercuti pun sebelum nie..(melampau tak..) padahal cuti bagai nak rak 3 bulan.. huhu

Banyak cerita.. Tak tahu nak start dari mana. Nak komen tentang environment 4th year nie dulu kot?

Bagiku, 4th year nie sangat-sangatlah mencabar. Dia dah bagi gaya macam seorang doktor da. Fakulti sesekali je gi jenguk, most of the time kat hospital.. Sebab baru lagi, atau mungkin dah lama cuti, aku cam tak selesa dengan bau kat sana. Seminggu 3 kali jumpe patients; 2 kali untuk Surgery, 1 untuk Internal Medicine. Surgery ade 4 part, dan kami akan ganti2 lecturer. Surgery 1st part dapat Lecturer bahagian plastic surgery.. Setiap kali masuk jumpe patients balut luka.. aduhai.. menguji keimanan sungguh..


Kalau sebelum nie, aku tak nampak kritikal.. Tapi kali nie aku benar-benar rasa kritikal. Nak tahu? Kalau masih ingat, aku pernah cerita yang aku bloodsickness. Dulu tak nampak sangat sebab just belajar theory 3 tahun, tengok pun benda kecil2 je. Darah pun tak de.
Kali nie, dengan keadaan hospital, baunya, patients depan mata, darah mengalir, -aku surrender.
Tu belum masuk part aku pitam 1st practical surgery lagi. Agak memalukan lah walaupun doktor tu tak de pun nak besar2kan hal tu. Mungkin perkara biasa baginya. Tapi bagi aku memang luarbiasa.

Bayangkan, kalau aku masuk ward ke, aku mesti pening2. Dan pening2 tu bukan hilang masa tu.. Adalah kadang2 end-up to 2-3 days. Taktahulah ape jenis penyakit nie tapi memang terujinya sedikit sebanyak kesabaran dan ketabahan aku. Dulu theory, mungkinlah sebab aku malas belajar. Tapi yang nie memang out of my control.. Takleh nak control langsung. Just berdoa dan berdoa.. Harapnya aku boleh adapt dengan situasi nie..


Nak tahu kritikal tak kritikal, baru tadi tengok slide presentation yang ade video GIT bleeding, dan endoscopy of GIT dah rasa nak muntak dan pening2 sikit.. Mana taknya, darah pekat pastu memancut-mancut pulak. Tak ke ngeri nak melihatnya? Aduhai..


Bila cerita kat mak tentang tragedi pitam tu mak gelak je. Tapi aku ikut sekali gelak la..Memang lawak sungguh la kot, tengok luka orang je dah pitam.. Dahsyat sangat tu..=p
Mak kata takpelah, tak biasa lagi tu.. nanti lama-lama biasalah tu.. Hurm, betul kenyataan tu, tapi jangka masa sebenarnya tak dapat dikenalpasti. Lama tara mana..


Mencabar, mencabar.. Kalau tak mencabar, tak seronok pulak ye? Yeke? Group aku dengan Dr. Mestan dulu dah dirombak. So, aku group campur dengan international students. Kena speaking la selalu.. Melat sungguh, tapi baguslah tuk aku yang tak berapa nak pandai speaking ni.. Kalau tak, tak berkembang langsung otak..


Sebab adanya peristiwa2 diatas, aku macam kurang enjoy 4th year nie (awal2 la..).. Rasa tak best langsung, siap kata nak balik Malaysia lagi.. Lawak sungguh la hang nie kella. Nak tukar cita-cita lah, nak kahwin lah, dan macam2 idea yang kurang bernas aku lontarkan sebab nak hilagkan stress.. Macam2.. Bukannya nak cuba dulu.


Tapi sekarang dah nampak la sikit2.. Bolehlah 4th year nie.. Takde la teruk sangat. Kena cuba perlahan-lahan. Try nak enjoy every moment, InsyaAllah.. Sebab tak semua dapat naik year. So, kena ade mindset bersyukur kat situ..hurm..


InsyaAllah!!! Allah is always with me.. Apa-apapun itu yang terbaik.. Tapi kalau boleh nak cuba yang terbaik dulu..

Allah kan dah janji, segala penyakit ade ubatnya?


Wallahualam.

Sunday, October 9, 2011

'Pening'katan

Salam alaik~


Lamanya tak tulis! Terlalu banyak cerita yang berlaku tapi hanya tersimpan dalam kotak memoriku nie. Sekarang kurasakan diri dah mula jadi seorang yang perahsia. Kalau ada, bukan disini tempat catatannya. ^_^

Tapi taklah bermaksud aku akan meninggalkan blog ni atau membiarkan ia berhabuk tak berupdate. Cuma apa yang aku fikirkan dan rasa mungkin bukan lagi topik utama. Mungkin pengalamanku yang tak seberapa ini saja jadi santapan buat yang kunjungi blog nie. Itupun kalau adalah kan yang dropped by..;)

Ujian takkan pernah lekang daripada diri seorang mukmin itu selagi dia bergelar mukmin. Tidaklah dia jadi mukmin yang baik sekiranya ujian-ujian itu tak berjaya diatasi. Kalau dilihat, gundah-gelana dalam hati pun merupakan satu ujian, kan?

Rasa berat, malas, ujub, riak..semua tu adalah ujian. Malah lagi advance lagi, bila gembira itupun satu ujian. Subhanallah! Gembira pun mana boleh berlebihan kan. paling-paling tidak, Rasulullah gelak pun hanya berenjut bahu saja.. kita pulak, habis nampak anak tekak..;p


Ujian. Seseorang itu tak meningkat andainya tiada ujian. Ujian penentu tahap seseorang. Level dia disisi Allah. Tatkala diuji, jangan mengeluh kerana percayalah bahawa diri sebenarnya ingin ditingkatkan oleh Allah.. dan percayalah Allah takkan pernah memberikan sesuatu ujian yang lebih berat daripada kemampuan kita.. kalau ujian itu berat, yakinlah kerana Allah tahu kita mampu...


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"~ (9:41)


it's a push.

And I have to push myself.

Tuesday, September 20, 2011

Menangis

Salam alaik,

Ada satu topik yang memanggil aku untuk berkongsi di sini.. MENANGIS.

(Wow, rasa cool tak tajuk nie..=p)

Majoriti kita kata tak cool langsunglah menangis. Apa lah menangis, macam budak kecik. Budak perempuan saja yang suka menangis. Hilang macho kalau mengalir air mata. Ye tak?

Yeke? hurm, let's see.

Kerana anggapan-anggapan nie, ramai manusia tak sudi memperlihatkan takungan air matanya pecah. Ramai yang sanggup menahan perasaan sendu dalam hati dari memperlihatkannya.

Menangis itu satu kelemahan.

Itu yang didoktrinkan dalam fikiran.


Siapa yang tak pernah menangis? semua orang pernah menangis kan? kalau tak, tipulah. Baby, kalau tak nangis time dilahirkan, tak normal la jawabnya. Bahkan, saat itu mesti nurse2 tepuk2 dada baby tu bagi nangis jugak..kalau tak, tak kembang la paru-paru baby tu tuk bernafas (berdasarkan my reading la kan..)

Hurm, jadi nak kata kat sini, menangis itu fitrah. Lepas menangis, mesti rasa lega. Mesti rasa puas dan tenang yang kita sendiri tak dapat gambarkan. Nikmat tau menangis tu sebenarnya.

Berdasarkan my reading jugak, menangis dapat membuang racun-racun dalam badan kita melalui air mata. Dan berdasarkan kajian, wanita lebih panjang umurnya berbanding lelaki disebabkan sering mengalirkan air mata.. believe it or not? ;)


What's surprising me lagi ialah dalam al-Quran pun ada jugak sebut tentang menangis nie. Tak caya?

"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" 17:109

Dikatakan dalam ayat nie, Allah memuji golongan yang menangis itu kerana mencapai tahap makrifatullah dan takut pada-Nya. Subhanallah! Menangis adalah penawar, menangis juga mendekatkan jiwa kepadaNya..

Dalam satu hadis Rasulullah dari Abu Raihanah, katanya " Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda: ' Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t'"-Riwayat al-Hakim.


Menangis dapat ringankan tekanan jiwa, mempunyai nilai perubatan yang tinggi, dan bukan seperti tanggapan orang bahawa itu tanda jiwa yang lemah. Banyak kajian sainstifik telah dilakukan, dan terbukti menangis mempunyai penawarnya yang tersendiri. Subhanallah..

Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam, kita dianjurkan supaya tidak berlebih-lebihan, termasuklah dalam hal menangis nie. Kita tak dibenarkan menangis melulu, meratapi kematian dan sebagainya.

Kat bawah nie contoh2 keadaan yang dibolehkan menangis.

1> kerana mengenangkan dosa-dosa yang lalu dalam taubat memohon keampunan Allah.

1>mengalir air mata kerana takutkan api neraka dan azab Allah.

1> mengalir air mata kerana bertemu teman yang lama berpisah

1> mengalir air mata bila melihta kemenangan Islam

1> mengalir air mata melihat agama dihina dan diinjak2 oleh musuh Islam

1> mengalir air mata kerana khusyuk dan sujud kpd Allah.


Subhanallah.. Hebatkan Allah? Menangis itu adalah satu lagi tanda kekuasaan Allah yang perlu kita hayati dan fikir-fikirkan.. MasyaAllah..

Jadi jangan malu lagi nak nangis lepas nie ye.. panjang umur, insyaAllah!

Tuesday, September 6, 2011

@.@

Salam Hari Raya semua~!

Opss, Raya sepatutnya sehari saja, bukan sebulan macam bulan puasa ye tak? Sorry, tapi nak wish jugak pada semua Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Andai ada kata-kata sepanjang penulisanku ini mengguris perasaan sesiapa, terkena batang hidung, ada terngumpat sesiapa, terasa dimana-mana, seribu kemaafan diminta.

Penulisanku ini tidaklah seberapa, kutulis tentang perasaanku dan kehidupanku dan semua yang ada kaitan denganku baik yang baik atau yang buruk namun tiadalah dalam hati ini untuk mengenakan sesiapa, mengutuk mengata atau mengumpat sesiapa. Andai terasa, maaf dipinta~ ;)


Dah 8 Syawal, cepatnya masa berlalu. Betul tak? Masa terasa pendek bila akhir zaman. Tapi bagiku masa jadi bertambah pendek bila tak diisi dengan benda-benda yang berfaedah. Aduhai, kelemahan mengurus masa itu masih lagi menjadi sebahagian hidupku. Mahu berubah, namun istiqamahnya mudah tergugah. ;p

Bila direnung kembali, bulan Ramadhan yang berlalu ini mampukah menjadi 'bekalan mantap' untuk ku hadapi bulan-bulan akan datang? dulu istiqamahnya kemain hebat, bila keluar bulan mulia itu kudrat senang tergugat. Tambah-tambah raya haritu, amboi eh~ sakan betul. Macam lupa je pernah berpuasa sebulan!

Nak salahkan anak-anak buah yang ramai memang tak masuk akal. Nak salahkan media massa yang tak pernah berhenti memberi hiburan lagilah tak boleh diterima. Memang salah datang dari diri sendiri, tak ade gunanya nak menyalahkan benda sekeliling kan? Dah balik semua orang, raya pun dah habis, kuih raya walau ade banyak lagi tp dah jemu nak makan, barulah rasa nak bermuhasabah sekejap.. Bermakna tak raya kali ini?


Alhamdulillah, raya tahun nie, bagiku ala-kadar saja. Apa yang ada padaku ala kadar, apa yang ada pun ala-kadar. Sekadar cukup dan tak berlebihan, Alhamdulillah. Seronok, jumpe ramai saudara mara, sambut tetamu, bergurau senda dengan keluarga, gaduh ngade, bermaaf-maafan, tolak-ansur, tolong-menolong~ Rasa agak sempurna raya kali ini. Rasa ada gaya matang sikit. (heee) ;P


Raya kali ni terasa cepat skit habisnya, maybe sebab masih musim sekolah, nak UPSR pulak tu, so cuti hanya tak sampai seminggu pun. Tak best bagi mereka yang bersekolah dan bekerja, tak best jgak bagi aku yang cuti panjang nie. Hurm, orang nak lama-lama berkepit ngan family, tapi yang dapat hanya sekejap. Amat 'mahal' harga masa disitu.


Raya nie jugak raya ke-3 tanpa kekasih hati, jiwa raga. Dia tiada disisi saat bahagia berkumpul sanak saudara. Selama duduk dirumah ni jugak, bayang-bayangnya dimana2. Tempat baringnya, tempat sandarnya, makan dan minum. Dia dimana-mana dalam kenangan, dalam memori yang tersimpan dalam benakku. Apa tidaknya, 20 tahun hidup ini bersamanya. Dan dalam 20 tahun itu juga terlalu banyak memori yang tersimpan sehingga hanya air mata saja yang menterjemahkan kerinduan pada kenangan-kenangan itu.

Kehilangan itu pahit.

Teringat masa Ramadhan yang lalu, beberapa kaliku mimpikan si dia. Padahal ketika di Czech, mimpi itu susah sekali hadir. Benarlah, kenangannya disini terlalu banyak. Sampai sedu dalam mimpi terbawa ke alam nyata. Nyata sukar untuk kucari penggantinya.


Bukan ku tak redha, tapi rindu itu selalu menyapa.


Aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan sampai ke hari ni. Mudah-mudahan ada lagi umur ini untuk bertemu dengan Ramadhan lagi, dan moga-moga bekalan sekarang ini mencukupi untuk sampai pada bulan itu tahun depan. Cuti yang berbaki ini nampak gayanya kena guna sehabis baik. Dah balik sana nanti, tada istilah cuti lagi bagiku. Banyak kerja yang menanti.~


Aku bersyukur atas nikmatNya, aku berpeluang untuk berhari raya di Malaysia. Buat teman-teman yang tak dapat beraya di kampung, jangan rasa sedih, insyaAllah kesempatan ini akan muncul lagi dan harapnya kita terpilih untuk berhari raya dengan keluarga.

Mereka sedang berperang dengan exam, aku?
Aku masih berperang dengan diri sendiri, dan suasana sekeliling~ mujahadah fi nafsi.

Moga jihad kita sama-sama kearahNya~

Salam aidilfitri..





Photobucket