Tuesday, September 20, 2011

Menangis

Salam alaik,

Ada satu topik yang memanggil aku untuk berkongsi di sini.. MENANGIS.

(Wow, rasa cool tak tajuk nie..=p)

Majoriti kita kata tak cool langsunglah menangis. Apa lah menangis, macam budak kecik. Budak perempuan saja yang suka menangis. Hilang macho kalau mengalir air mata. Ye tak?

Yeke? hurm, let's see.

Kerana anggapan-anggapan nie, ramai manusia tak sudi memperlihatkan takungan air matanya pecah. Ramai yang sanggup menahan perasaan sendu dalam hati dari memperlihatkannya.

Menangis itu satu kelemahan.

Itu yang didoktrinkan dalam fikiran.


Siapa yang tak pernah menangis? semua orang pernah menangis kan? kalau tak, tipulah. Baby, kalau tak nangis time dilahirkan, tak normal la jawabnya. Bahkan, saat itu mesti nurse2 tepuk2 dada baby tu bagi nangis jugak..kalau tak, tak kembang la paru-paru baby tu tuk bernafas (berdasarkan my reading la kan..)

Hurm, jadi nak kata kat sini, menangis itu fitrah. Lepas menangis, mesti rasa lega. Mesti rasa puas dan tenang yang kita sendiri tak dapat gambarkan. Nikmat tau menangis tu sebenarnya.

Berdasarkan my reading jugak, menangis dapat membuang racun-racun dalam badan kita melalui air mata. Dan berdasarkan kajian, wanita lebih panjang umurnya berbanding lelaki disebabkan sering mengalirkan air mata.. believe it or not? ;)


What's surprising me lagi ialah dalam al-Quran pun ada jugak sebut tentang menangis nie. Tak caya?

"Dan mereka menyungkur di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk" 17:109

Dikatakan dalam ayat nie, Allah memuji golongan yang menangis itu kerana mencapai tahap makrifatullah dan takut pada-Nya. Subhanallah! Menangis adalah penawar, menangis juga mendekatkan jiwa kepadaNya..

Dalam satu hadis Rasulullah dari Abu Raihanah, katanya " Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w dalam sebuah peperangan dan aku mendengar Rasulullah bersabda: ' Diharamkan neraka bagi mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah s.w.t'"-Riwayat al-Hakim.


Menangis dapat ringankan tekanan jiwa, mempunyai nilai perubatan yang tinggi, dan bukan seperti tanggapan orang bahawa itu tanda jiwa yang lemah. Banyak kajian sainstifik telah dilakukan, dan terbukti menangis mempunyai penawarnya yang tersendiri. Subhanallah..

Walaubagaimanapun, sebagai umat Islam, kita dianjurkan supaya tidak berlebih-lebihan, termasuklah dalam hal menangis nie. Kita tak dibenarkan menangis melulu, meratapi kematian dan sebagainya.

Kat bawah nie contoh2 keadaan yang dibolehkan menangis.

1> kerana mengenangkan dosa-dosa yang lalu dalam taubat memohon keampunan Allah.

1>mengalir air mata kerana takutkan api neraka dan azab Allah.

1> mengalir air mata kerana bertemu teman yang lama berpisah

1> mengalir air mata bila melihta kemenangan Islam

1> mengalir air mata melihat agama dihina dan diinjak2 oleh musuh Islam

1> mengalir air mata kerana khusyuk dan sujud kpd Allah.


Subhanallah.. Hebatkan Allah? Menangis itu adalah satu lagi tanda kekuasaan Allah yang perlu kita hayati dan fikir-fikirkan.. MasyaAllah..

Jadi jangan malu lagi nak nangis lepas nie ye.. panjang umur, insyaAllah!

Tuesday, September 6, 2011

@.@

Salam Hari Raya semua~!

Opss, Raya sepatutnya sehari saja, bukan sebulan macam bulan puasa ye tak? Sorry, tapi nak wish jugak pada semua Selamat Hari Raya maaf zahir batin. Andai ada kata-kata sepanjang penulisanku ini mengguris perasaan sesiapa, terkena batang hidung, ada terngumpat sesiapa, terasa dimana-mana, seribu kemaafan diminta.

Penulisanku ini tidaklah seberapa, kutulis tentang perasaanku dan kehidupanku dan semua yang ada kaitan denganku baik yang baik atau yang buruk namun tiadalah dalam hati ini untuk mengenakan sesiapa, mengutuk mengata atau mengumpat sesiapa. Andai terasa, maaf dipinta~ ;)


Dah 8 Syawal, cepatnya masa berlalu. Betul tak? Masa terasa pendek bila akhir zaman. Tapi bagiku masa jadi bertambah pendek bila tak diisi dengan benda-benda yang berfaedah. Aduhai, kelemahan mengurus masa itu masih lagi menjadi sebahagian hidupku. Mahu berubah, namun istiqamahnya mudah tergugah. ;p

Bila direnung kembali, bulan Ramadhan yang berlalu ini mampukah menjadi 'bekalan mantap' untuk ku hadapi bulan-bulan akan datang? dulu istiqamahnya kemain hebat, bila keluar bulan mulia itu kudrat senang tergugat. Tambah-tambah raya haritu, amboi eh~ sakan betul. Macam lupa je pernah berpuasa sebulan!

Nak salahkan anak-anak buah yang ramai memang tak masuk akal. Nak salahkan media massa yang tak pernah berhenti memberi hiburan lagilah tak boleh diterima. Memang salah datang dari diri sendiri, tak ade gunanya nak menyalahkan benda sekeliling kan? Dah balik semua orang, raya pun dah habis, kuih raya walau ade banyak lagi tp dah jemu nak makan, barulah rasa nak bermuhasabah sekejap.. Bermakna tak raya kali ini?


Alhamdulillah, raya tahun nie, bagiku ala-kadar saja. Apa yang ada padaku ala kadar, apa yang ada pun ala-kadar. Sekadar cukup dan tak berlebihan, Alhamdulillah. Seronok, jumpe ramai saudara mara, sambut tetamu, bergurau senda dengan keluarga, gaduh ngade, bermaaf-maafan, tolak-ansur, tolong-menolong~ Rasa agak sempurna raya kali ini. Rasa ada gaya matang sikit. (heee) ;P


Raya kali ni terasa cepat skit habisnya, maybe sebab masih musim sekolah, nak UPSR pulak tu, so cuti hanya tak sampai seminggu pun. Tak best bagi mereka yang bersekolah dan bekerja, tak best jgak bagi aku yang cuti panjang nie. Hurm, orang nak lama-lama berkepit ngan family, tapi yang dapat hanya sekejap. Amat 'mahal' harga masa disitu.


Raya nie jugak raya ke-3 tanpa kekasih hati, jiwa raga. Dia tiada disisi saat bahagia berkumpul sanak saudara. Selama duduk dirumah ni jugak, bayang-bayangnya dimana2. Tempat baringnya, tempat sandarnya, makan dan minum. Dia dimana-mana dalam kenangan, dalam memori yang tersimpan dalam benakku. Apa tidaknya, 20 tahun hidup ini bersamanya. Dan dalam 20 tahun itu juga terlalu banyak memori yang tersimpan sehingga hanya air mata saja yang menterjemahkan kerinduan pada kenangan-kenangan itu.

Kehilangan itu pahit.

Teringat masa Ramadhan yang lalu, beberapa kaliku mimpikan si dia. Padahal ketika di Czech, mimpi itu susah sekali hadir. Benarlah, kenangannya disini terlalu banyak. Sampai sedu dalam mimpi terbawa ke alam nyata. Nyata sukar untuk kucari penggantinya.


Bukan ku tak redha, tapi rindu itu selalu menyapa.


Aku bersyukur atas nikmat yang Allah berikan sampai ke hari ni. Mudah-mudahan ada lagi umur ini untuk bertemu dengan Ramadhan lagi, dan moga-moga bekalan sekarang ini mencukupi untuk sampai pada bulan itu tahun depan. Cuti yang berbaki ini nampak gayanya kena guna sehabis baik. Dah balik sana nanti, tada istilah cuti lagi bagiku. Banyak kerja yang menanti.~


Aku bersyukur atas nikmatNya, aku berpeluang untuk berhari raya di Malaysia. Buat teman-teman yang tak dapat beraya di kampung, jangan rasa sedih, insyaAllah kesempatan ini akan muncul lagi dan harapnya kita terpilih untuk berhari raya dengan keluarga.

Mereka sedang berperang dengan exam, aku?
Aku masih berperang dengan diri sendiri, dan suasana sekeliling~ mujahadah fi nafsi.

Moga jihad kita sama-sama kearahNya~

Salam aidilfitri..





Wednesday, August 24, 2011

ceritera..

Scene 1

Di Teluk Batik. Aku daripada tak mahu mandi terus rasa nak mandi bila tengok kakak dan anak buahku mandi laut. Dah lama tak merasa nie. Bila lagi? Nanti masuk bulan puasa mana ade orang berkelah dah.

Alamak, baju tak bawak. Seluar jeans dah basah hampir 3/4. Ni balik nak pakai baju ape? Alamat nanti kena bermalam la kat teluk batik nie ha..

Malas fikir, aku terjun je.. Soal baju nanti aku fikir kemudian..huhu

Habis mandi....

'Kak, takde baju la..'
' Tu, Dayat ade bawak baju lebih. Akak pakai baju dia, ko pakai baju akak. Nak?'
'Oklah kalau camtu.'
'Ke ko nak pakai baju akak datang tadi. Tapi jarang sikit, lengan pendek plak tu'
'Ala...yeke.. takpelah.. meh la baju akak yang tu. Sian akak, akak pakai la baju akak nie' kuhulurkan baju baru yang kupegang.

'Jaranglah kila baju tu. Jap, akak rasa akak ade bawak cardigan tadi. Tapi dalam kereta. Nanti suruh Iwan gi ambil.'

'Oh, yeke ade? Nak la kalau camtu..'

Aku baru je fikir nak labuhkan tudung dan simpan tangan yang terdedah bawah tudung kalau boleh. Tapi gerakan pantas kakakku buat aku terharu. Sensitifnya dia tentang auratku, pekanya dia tentang sikapku. Ya Allah, teringin aku hadiahkan sebahagian pahala menutup aurat ini buatnya..



Scene 2

Di suatu ketika saat aku dan kakakku sibuk bersiap untuk keluar bershopping.

'Kila, ade tudung tak? nak pinjam?'

Aku terkedu. Salah dengar ke ape? Mata mencari punca suara dengan pandangan tidak percaya.
'Cepatlah, ade tudung tak. Meh la pinjam. Tudung akak basuh semuanye'.

Aku terkulat-kulat mencari kata. Biar betul?
'Err, tudung ala tudung camni la. Mana de tudung lain dah. Akak nak pakai ker?'

Dia pandang aku, aku pandang dia. Masing-masing membisu. Tiba-tiba aku teringat ada tudung pashmina yang lilit tu.
' Atau akak pakai tudung pashmina nie.. lilit-lilit je..'
' Hurm, oklah..'

Aku tarik nafas lega. Selesai.. Alhamdulillah, bolehlah tu sikit2.. Tudung bidang 50-60 yang selalu jadi tudung pilihanku kusimpan kembali ketempatnya.




Kakak-kakakku yang ada dalam cerita ini bukanlah kakak yang sama kerana aku ada kakak yang agak ramai. Kukarangkan kisah ini sekadar sebagai satu tanda ingatan atau mungkin sebagai tanda penghargaan buat mereka. Banyak episod-episod bersama kakakku yang indah, yang sangat bermakna, dalam siri perjalanan kami mengenal Allah.

Ingin kutarik mereka bersama sampai kesyurga...

Friday, August 19, 2011

The gift

Assalamualaikum wbt,

Vaah, hebatnya terasa.. Ehe, boleh ke riak gaya gitu? Boleh la kot. Diri dikelilingi dengan orang-orang yang hebat, jadi diri pun terasa hebat.. wah, hebatnya aura orang-orang hebat nie!

Subhanallah walhamdulillah walaailaha illallah wallahu Akhbar!

Segala puji bagiNya yang menciptakan langit tanpa tiang, menciptakan awan tanpa jatuh, mencipta bumi dengan hamparan baldu hijau. Laut yang beralun tersilau dek pancaran matahari yang bersinar garang. Memberi kilauan bagaikan permata tersimpan dicelah kebiruan air..

Subhanallah walhamdulillah walaailaha illallah wallahu Akhbar!

Jelas, itu yang aku boleh katakan sekarang. Jelas dengan prinsip dan peraturannya. Jelas dengan perjalanannya, jelas strategi dan perancangannya, dan yang paling penting jelas matlamatnya. Jelas, dan aku puas hati. Now, it's my turn to decide..what should I do.


Tiba-tiba ayat di atas seperti ingin menamatkan post kali ini.. =p. Jadi, diri nak berundur dahulu la.. eh, boleh tak gaya gitu? hihi, bolehlah kot.. InsyaAllah, akan dicontinue dengan tajuk2 post seterusnya.. I will reveal them one by one.

^^ Hezky den!


p/s: lg 1 hari before tamatnya 10 hari maghfirah dalam ramadhan kali ini.. jangan lupa untuk berdoa ye..

Allahumma innaka a'fuwwun kareem, tuhibbu afwa fa'fuanna, wa walidina, wajamiel muslimina wal muslimat, mukminina wal mukminaat birah matikayaa arhamar rhohimin..

Ya Allah, sesungguhnya Kau Pengampun yang paling baik, Kau suka mengampunkan, maka ampunilah kami, ibu bapa kami, orang2 muslim baik lelaki dan perempuan, orang2 mukmin lelaki dan perempuan, dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Wednesday, August 3, 2011

nota dakwahku :Solat, Puasa..


Kenapa solat?

Diam.

Kenapa kite kena puasa?

Diam lagi.


Otak berputar mencari kata. Kata mudah yang nak diterangkan pada adik yang bukan lagi kecil di depanku ini, malah dah boleh berfikir sendiri. Hati geram, tapi otak selalu mengingatkan; berhemah dan berhikmah, kella. Tak semua orang tahu..

Aku menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan. Solat, selalu dipandang sepi. Tapi puasa tetap berjalan. Pelik, tapi mungkin tak pelik bagi mereka. Merasakan puasa itu boleh berdiri sendiri tanpa solat. Kalau solat itu tiang, manakan bumbung nak dipasang kalau solat tak dilakukan?

Majoriti, bukan adik nie sorang saja yang buat demikian. Ramai lagi yang macam nie. Opss, bukanlah aku ingin mengata yang aku nie baik, lalu dengan ringan mulut aku mengatakan sedemikian, tapi hakikatnya memang ya.

" Agaknya hang taktau kepentingan solat dan kelebihannya nie.. sebab tu hang tak buat.. takpe, nanti akak cari dalam tenet dan akak suruh ko bace.. nanti baru ko realize benda tu penting."

Kebanyakan mereka tak tahu kenapa dan apa tujuannya buat semua nie. solat, puasa, kelebihan terawih dan lain-lain. Bila kita taktahu, kita takkan nak buat kan? So, memang ilmu pengetahuan tu sangat2 penting dalam membawa kita melakukan sesuatu perkara.

Aku dah banyak beritahu padanya tentang kenapa dan apa tujuan solat nie. Bahkan dari segi saintifiknya pun aku dah berbuih jugak cakap. Tapi maybe hanya bercakap semua orang boleh, so aku fikir dengan cari maklumat yang lebih terperinci dalam tenet boleh la bina keyakinan adik sorang nie.

So aku end up topik tu dengan ketengahkan satu persatu nikmat yang Allah bagi padaNya, cuba untuk buat dia berfikir. Bila orang berfikir, ini akan menjana minda dan akhirnya akan membawa kepada kesedaran akan keindahan segala bentuk kejadian ciptaan Allah di muka bumi ini.

Solat dari segi saintifiknya boleh kita katakan tentang perihal sujud. Sujud akan membuka satu laluan darah yang memasuki otak dan akan me'refresh'kan kembali otak kita. Tapi laluan darah ini hanya akan terbuka dengan bersujud. Selalu aku menukarkan perkataan solat itu kepada sujud. Sambil tu aku terangkan kelebihan bersujud nie.

" Sujudlah.." instead of " Solatlah.."

Kerana dari segi istilahnya mungkin berlainan, tapi hakikatnya maknanya sama. Mungkin remaja sekarang nie dah boring dengar istilah solat apatah lagi tiap-tiap kali disuruh diiringi dengan nada marah. So, apa kata kita cuba tarik dengan cara yang lain pula. Bukan dengan nada marah, tapi lembut. Kerana tak semestinya hati mereka ni keras untuk diajak buat kebaikan, kan?

Itu belum lagi diceritakan tentang kelebihan solat berjemaah, yang mana cas-cas negative dalam badan kembali menjadi positive bila saf-saf dirapatkan dan saling bertemu bahu. Subhanallah, setiap ciptaan Allah itu ada fungsi dan manfaatnya bagi manusia sekiranya mereka mengerti dan berfikir.

Banyak kelebihan solat dari segi saintifiknya, jadi kita kena yakin dan percaya, yang Allah tetapkan pada kita semua seperti solat, puasa, tutup aurat, semuanya baik-baik dan bermanfaat bagi kita.. kita just patuh saja perintah Allah. Jangan persoalkan dengan ilmu kita yang setitis saja nie. Allah kan tahu apa yang terbaik tuk hambaNya?

Mungkinlah manfaatnya ada yang belum lagi kita tahu, tapi satu hari nanti pasti kita tahu yang Allah tak akan pernah bebankan hambaNya dengan beban yang kita tak mampu.

Contohnya solat, dulu Allah tetapkan 50kali sehari, tapi kerana kasih sayangnya, Allah bagi diskaun 90% dengan jadi 5 kali saja tapi pahalanya still ibarat 50kali sehari solat.

Itu pun masih nak diskaun? Nabi Muhammad kata apa bila Nabi Musa suruh lagi mintak diskaun pada Allah, kurangkan lagi solat 5 waktu tu, dalam peristiwa israk dan mikraj?

"Sudahlah, aku malu untuk mintak lagi kurang pada Allah.."


Nabi malu nak mintak lagi kurang. inilah yang maksimum yang Nabi dapat menangkis malunya untuk mintak pada Allah. Jadi janganlah kita malukan nabi dengan tidak melakukan solat yang Nabi dah susah payah mintak kurang nie..wallahualam

Last-last hati berdoa. Moga pintu rahmat dan kasih sayang Allah masih lagi menyapa kita. PadaNya ku berserah segala.


p/s: adik nia bukanlah adik saya, just watak sampingan yang kuciptakan untuk ketengahkan isu nie.. ^^
aku bukanlah seorang yang bijak berkata-kata atau menulis. Tapi kurasakan penting untuk cuba ketengahkan topik-topik yang boleh mengajak kita berfikir sejenak, dan cuba mengajak manusia untuk kembali kepada Allah. wallaua'lam
Photobucket