Monday, June 7, 2010

lagu nie sedap!!





nak share nie je~ ^^
semangat, datanglah!!
rabu nie cz, second trial..
insyaAllah, doakan daku!

Tuesday, June 1, 2010

Tersentuh..


Jarang sekali nak tersentuh dengan penulisan Hilal Asyraf.. Bukan kerana penulisannya tak menepati citarasa, bahkan selalu terasa. Tapi kali nie setiap bait kata yang diluahkan memang sarat dengan perasaan. orang kata kalau kita menulis dengan penuh perasaan, orang yang membaca pun akan terkesan.. dan sungguh, aku terkesan..


Sungguh jelek sekali jika dunia hari ini mendiamkan diri mereka. Jika memang bisu tidak mengapa. Tetapi sengaja membisukan diri adalah perkara yang hina.

Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya buta. Maka saya rela maafkan ketidak pekaan mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya kudung. Maka saya rela maafkan ketiadaan tindakan daripada mereka. Saya tidak kisah kalau dunia ini memang asalnya bisu. Maka saya rela maafkan kebisuan mereka.

Tetapi saya sangat maklum bahawa dunia ini mempunyai mata, tangan dan suara.



Ini adalah post terbarunya mengenai konvoi ke Gaza. .. Israel kejam, tak berperikemanusiaan, tak faham bahasa, tak tahu nak eja 'humanitarian' camne, menipu, tipu sana- tipu sini, mencari masalah and then do don't-know, pencuri, perompak, penyamun,,n beribu-ribu lagi yang mereka buat. (sori atas emosi yang tak terkawal ini)

dan memang takkan dapat dikawal,
kalau benda ini berlaku depan mata
kalau itu yang dah dikatakan' sudah terang lagi bersuluh'
dah terang-terangan dikatakan bawak bantuan makanan, simen, atd
kalau ini pun diserang sampai berbunuhan
apa cerita?

salah siapa?
salah orang yang bagi bantuan tu?
sejak bila orang bagi pertolongan dikatakan terrorist?
dunia da terbalik?
ya Allah...


Dah terang lagi bersuluh.. dah nampak terang-terangan kejahatan mereka.. ayuh, kita bangun dan bertindak!

kepada mereka yang sudah memboikot, teruskan memboikot!
kepada mereka yang baru nak boikot, syabas!
kepada mereka yang masih nak sokong produk mereka, silakan tapi jangan tanya kenapa bila diakhirat nanti dapat share sama dengan mereka!

kenapa nak boikot? adakah masih mahu bertanya lagi.. bukti depan mata.. dah terang lagi bersuluh!

kita bukan siapa-siapa, tapi kita jangan jadi mangsa.
kita bukan siapa-siapa tapi kita ada tanggungjawab yang sama.

lahaula wala quwwata illa billah~ tiada pertolongan atau kekuatan melainkan Allah~

buka mata luas-luas..

keyla

Monday, May 31, 2010

Ya Allah...





Ya Allah, bantulah mereka.. sesungguhnya bantuanMu yang terbaik!

bendera putih dah dikibarkan tetapi serangan terhadap anak kapal konvoi tak dihentikan! kalau nak jumpe makhluk yang sekejam-kejam makhluk silala bertemu dengan rejim nie.
dalam al-Quran pun dah disebut, mereka takkan pernah redha dengan kita( orang Islam). tapi secara keseluruhannya, zions tak pernah berbaik dengan bangsa mana-mana pun!

doa dan teruskan berdoa~
rakyat malaysia yang ada dalam kapal belum diketahui nasib mereka.. dan sekarang korban semakin meningkat hampir 20 orang. ya Allah, bantulah..

militarian versus civillians? nonsense!!

Allahuakhbar!
pertolongan Allah itu dekat, doa dan terus berdoa!

Sunday, May 30, 2010

Teruskan perjuangan!

Salam alaik..



Walaupun dikatakan disabotaj dengan 3 buah kapal daripada Greece tak dapat berlayar, semangat konvoi lifeline 4 Gaza tak terhenti disitu.. bahkan ade back up plan lagi! memang kuat keazaman depa nie.. Alhamdulillah.. sehingga hari ini, mereka masih tak sampai lagi di perairan Gaza tetapi insyaAllah, mereka akan sampai hari ini.. Sekarang ade 7 buah kapal yang sedang menuju ke Gaza. Back up plan tu dengan 1 kapal tambahan daripada Sweeden. So daripada 6 buah yang tinggal jadi 7 buah balik..so, still banyak..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Diri sendiri rasa tak mahu terlepas peluang mengikuti perlayaran mereka. Rasa setiap detik nak update di blog nie. tapi apakan daya(^^).. exam minggu depan -oral czech.. hurm, so, juz follow perlayaran depa kat dalam twitter je.. twitter tu pun mana la reti guna sebenarnye.. post je sesuka hati..huhu.. hai, kella, sopan skit..

Pelayaran nie boleh dikatakan la diketuai oleh kapal Mavi Marmara (sedapkan nama dia..^^) dalam kapal tu, ade 11 orang rakyat Malaysia yang join.. tapi tak tahu silap kat mana, akhbar kat Malaysia satu pun tak cerita tentang pelayaran nie.. sepi je padahal nie international punyer cerita.. kat mana salah nie..hurm..

Buat yang da mengetahui, silala memberitahu pada mereka yang tak mengetahui.. kita perlukan doa mereka2 nie.. kita doakan mudah-mudahan lifeline 4 gaza nie berjaya sampai ke Gaza dan meneruskan misi kemanusiaan mereka.. benda nie bukan main-main..

akhir kata,(untuk mavi marmara dan kella?) teruskan perjuangan!!!

^^
kella~

Thursday, May 27, 2010

Pertolongan Ilahi

Cerita tentang semangat konvoi yang hendak menyalurkan bantuan kepada Gaza memang telah membuka mata hampir seluruh dunia terutama sekali membuka mata rejim zionis yang tak pernah puas bermandi darah di sana. Dan semua rancangan konvoi nie bukan tiba-tiba je muncul tapi sudah lama dirancang rapi lagi. So, kalau ade orang yang cakap benda nie main-main, stop thinking like that and give support.

Sekarang nie hampir semua mata sedang menanti apa yang bakal berlaku setibanya kapal-kapal konvoi itu di perairan Gaza. Mereka akan berlepas petang nie kul 5 petang waktu Turki dari pelabuhan Altanya. dan insyaAllah dijangka sampai kul 11.00 pagi esok, Jumaat. Dan sesungguhnya pada Allah kita bertawakal.. Kalau Allah membenarkan Gaza mendapat bantuan, sekelip mata pun Allah boleh buat tapi Allah nak memberi kita pahala dengan membuat benda itu terjadi.

Masya Allah, hebatnya mereka-mereka yang terlibat dalam konvoi itu. Hebatnya semangat mereka tak kira agama; ada yang Islam, ada non-muslim dan ada juga paderi, semua bersatu atas nama kemanusiaan. Semua nie kerana juz nak bagitahu zionis tu yang mereka datang bantu bukan kerana agama tetapi atas nama KEMANUSIAAN. kemanusiaan yang terhakis kerana adanya manusia yang bergelar rejim Zion-s.


Sambil tu teringat satu lagu nasyid yang da terlalu lama rasanya. lagu nie bila cari kat internet pun xjumpe. Tajuk pun tak ingat da.. nie je lirik yang dapat dikongsi bersama. Lagu nie zaman sekolah rendah lagi tapi alhamdulillah still ingat..


Jangan kau angankan daulat
Islam akan berdiri megah
Subur bak bumi madinah
Dilembayuan Rasulullah..
Jangan kau angankan kibaran
Bendera tanda kemenangan
Ditiup bayu keadilan
Di naungan ketaqwaan
Tanpa membuka minda akalmu
Dari belenggu yang membalutmu
Dalam ketebalan desakan nafsu
Meronta rasa saling bantu membantu
Oh, berjuang ku rela kemenangan
Carilah silapmu dimana
Bukan hanya memandang dan kecewa
Keluhanmu takkan sampai kemana
Buang yang keruh
Pilih yang jernih
Diiring tujui didalam satu hati
Sama dipikul sama dijunjung
Pasti Islam akan gemilang lagi
Berat sama dipikul
Islam pastikan unggul
Ringan sama dijunjung
Islam pastikan unggul~
Hati berdebar menanti apa yang bakal berlaku.. ya Allah, BANTULAH MEREKA.. Ya Allah, bantulah Palestin.. Ya Allah, padaMu kami bertawakal.. sama-sama lah kita berdoa~
Allahumma unsurul Islama walmuslimin~
maklumat lanjut boleh layari di sini: http://www.lifeline4gaza.org
Photobucket