Tuesday, May 4, 2010

selamat berAMAL!






Salam alaik...


Hari nie nak share skit pasal sumthing yang baru je berkongsi dengan baitul-raudah. Amat simple tajuknya tapi insyaAllah memberi manfaat kepada kita.

Topiknya: Tips membuat keputusan.

Ya betul! ^^, kerana musim exam bakal menjelma, pastilah kita2 di sini (yang berada di HK, olomouc, dan Prague) di Czech Republik nie sedang giat memikirkan tarikh-tarikh exam yang sesuai untuk dipilih.. bagi yang sedang menggaru-garu kepala memikirkan masalah ini, ape kata kita tengok dulu cara-caranya..=p

Hurm, membuat keputusan bukanlah satu perkara yang senang.. silap2 haribulan keputusan itu akan memakan diri sendiri. Jadi untuk membuat pilihan yang terbaik, pertama sekali kita perlu dalam keadaan concious, tenang dan tidak berserabut. Keadaan yang begini sangat2lah penting sebab pemikiran kita perlu berada dalam keadaan yang baik supaya dapat memikirkan masalah dengan rasionalnya.


Bila dah tenang, barulah kita boleh memikirkan masalah-masalah yang kita hadapi dalam membuat keputusan itu. Senaraikan masalah2 tersebut supaya jelas dan kita peka dengan keadaan sekeliling. Kita perlu sedar keputusan yang hendak dibuat ini memberi kesan kepada orang lain atau tidak. Senaraikan kesan-kesannya dan ambil berat setiap aspek yang ade relationship dengan keputusan kita.


Selesai mencari masalah2 yang ada, kita baru senaraikan pilihan apa yang kita ade.. Kalau pilhan kita bercanggah dengan masalah yang ada, rasanya ape akibatnya. masa nie kita kena kaji baik buruk pilihan yang ada. Pastikan sekali lagi kita tahu kesan-kesan yang bakal berlaku terhadap orang sekeliling kita terhadap keputusan kita. Jangan pentingkan diri sendiri. Pada masa yang sama, jangan terlalu mudah mengambil pendapat ramai. Kita boleh bertanya kepada orang lain untuk mendapatkan gambaran atau pendapat tetapi kita sesuaikan dengan pendirian kita. Kerana manusia itu berlainan antara satu sama lain. Ada yang boleh apply dan ade yang tidak. Jadi disini sekali lagi kita kena memilih dengan mengkaji dan mengkaji..


Kemudian, barulah kita boleh membuat keputusan. Tetapi bagi muslim, seeloknya kita berdoa atau beristikharah sementara memilih pilihan-pilihan yang ada. Semestinya kita mahu pilihan yang terbaik kan? Jadi jangan lupa, doa dan tawakal kepada Allah itu sangat-sangatlah penting kerana hanya Allah sahaja yang tahu masa depan kita.


" Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku tidak tahu apa yang Engkau tahu, maka aturkanlah hidupku. Permudahkanlah apa yang baik dan hindarkanku dari apa yang tidak baik.."


Bila pilihan dah dibuat, kita perlu tetap dan yakin dengan keputusan kita. Masa ini andai kata ada orang yang cuba menggoyahkan keputusan kita, beritahu dia, yang ini adalah keputusanku.. kita perlu teguh pada keputusan kita supaya kita tak hilang fokus dan lemah semangat. Jangan mudah ikut kata orang sebab itu hanya akan melemahkan semangat. Bila ada dugaan dalam kita melaksanakan pilihan kita tu, kita kena sabar. Sabar dan yakin akan ketentuan Ilahi. Yakin Allah akan beri yang terbaik kepada HambaNya...




Kemudian, bila dah terlaksananya pilihan kita, kita perlu menilai semula kekurangan dan penambahan yang ada dan kesan-kesan yang berlaku akibat pilihan kita. Masa nie boleh juga dikatakan sebagai muhasabah diri kembali lah.. kita reflex diri mana yang kurang kita tambahkan dan sebaliknya.. Ingat, walau apapun keputusan anda, Allah yang menetukan. Jangan menyesal dengan keputusan yang dibuat tapi ambil pengajaran yang tersirat. InsyaAllah itu adalah proses kita memahami kehidupan dengan lebih bermakna..




wallahua'lam. (selamat beramal!!)


nota kaki: exam final dah nak bermula. Cz-biochemie-physiologie~ all the best buat semua di HK, OLO,PRG.. moga semua sukses insyaAllah.!! -bila exam period bermula, saksikanlah tentera2 ini bergerak~ 'amal jamaie jom! ^^

maan najah semua.. selamat membuat keputusan memilih tarikh! moga Allah berikan kita yang terbaik! Insya Allah.. DOA-USAHA-TAWAKAL

Allah yang berhak tentukan~ fisabilillah!



dipetik dari: http://ibnismail.wordpress.com/2008/03/12/tip-membuat-keputusan-dan-pilihan-yang-tepat/







Monday, May 3, 2010

Peringatan..

Salam alaik~
ISLAM = AL-QURAN + SUNNAH

MUSLIM = PRACTICE (ISLAM)

MUSLIM = PRACTICE (AL-QURAN + SUNNAH)


Formula yang ringkas tapi mendalam maksudnya. Formula yang rasanya senang faham tapi payah untuk dilaksanakan. Ya, memang Islam itu berlandaskan AQ dan Sunnah. Dan orang Islam itu adalah orang yang mengamalkan Islam, iaitu AQ dan Sunnah. Setujukah anda?

Seperti formula diatas, Islam tidak tertegak dengan AQ saja, atau hanya sunnah.Tapi Islam merangkumi 2 perkara itu. Dalam khutbah wida' Rasulullah s.a.w ada menyatakan:

"..Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.."

Kalimah syahadah yang kita lafaz dalam solat-solat kita, yang kita alunkan tiap-tiap tahiyyat akhir kita bukanlah kalimah semata. Itu adalah lafaz agung yang menjadikan kita hambaNya. yang mengikat hati kita hanya kepadaNya danRasulNya semata.

Tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasul Allah

Kalimah ini adalah kalimah yang paling berat bagi mereka yang memahaminya. Kalimah inilah yang sukar dilafazkan oleh Abu Talib ketika dia dipenghujung nyawanya. Lafaz inilah yang paling payah diucapkan oleh Abu Jahal, bapa saudara Nabi sepanjang hidupnya. Mereka tidak mampu melafazkannya kerana mereka sedar ia kalimah agung yang bukan hanya lafaz dibibir tapi beserta amanah dan tanggungjawab yang besar.

“Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..”
Al-Imran: 110


Tapi amanah itu tak setanding dengan pulangan yang kita dapat. Nak tahu Allah balas ape? Allah balas dengan syurga.

“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”
At-Taubah:111


Di syurga sana, akan ada pertemuan yang paling-paling istimewa. Akan ada pertemuan yang hebat sehebat-hebatnya. Akan ada pertemuan yang sangat-sangat sweet (sekali).

Iaitu pertemuan hamba dengan Penciptanya. Pertemuan perindu dengan Khaliknya. Pertemuan sang pencinta dengan Kekasihnya. Pertemuan jiwa dengan Raganya. Pertemuan yang indahnya tak terjangkau dek akal. Pertemuan yang hanya dapat dirasai oleh orang-orang yang terpilih. Yang Berjaya membeli dagangan Allah. Yang berjaya menepati syahadahnya. Ya Allah....(ingin diri ini juga terpilih tapi kerdilnya diri..)


Layakkah diri digelar Muslim?

Bila Muslim itu adalah mereka yang mempraktikkan islam. Layakkah diri digelar muslim?

“Orang-orang Arab badwi berkata ‘kami telah beriman’. Katakanlah (kepada mereka) ‘Kamu belum beriman, tetapi katakanlah ‘ Kami telah tunduk (Islam),’ kerana iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kpd Allah dan rasulNya,Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalmu. Sungguh Allah Maha Pengampun Maha Penyayang.”49:14

Dalam AQ ada beberapa kategori yang Allah sebut, iaitu golongan muslim, mukmin, dan muttakin(orang yang bertakwa).

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal.”
Al-anfal:2

“Alif-Laam-Miim. Inilah Al Kitab (Al Quran); tidak ada sebarang keraguan didalamnya ; dan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan sholat dan menafkahkan dari apa-apa yang kami rezekikan kepada mereka. (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan apa-apa yang diturunkan sebelummu, dan mereka yakin dengan akhirat. Mereka itulah yang berada di atas petunjuk dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang menang.”
Al-Baqarah : 1-5

Dan mukmin dan muttaqin yang Allah memang sudah janjikan syurga..
Ya Allah..dimana diri ini letaknya..

Muslim; masih banyak yang perlu diperbaiki, mukmin; jauh dari jangkauan iman namun segalanya mungkin menjadi pasti, muttaqin; sehebat iman, mulia disisi Tuhan, siapa yang tak mahu? Cuma tanya diri, mahu atau tidak.. dan aku,.. InsyaAllah. Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita..

Akhir kata, formula bukan sekadar formula. Tapi formula ini formula iman...

Monday, April 19, 2010

Who R u?





Bila manusia mencari-cari tujuan hidupnya...



Bila kemewahan dan kesenangan mengaburi mata...



Bila keseronokan menjadi tema hidup masa kini...



Bila manusia tidak tahu mana baik buruk pekerti...





APA YANG SUDAH BERLAKU????





Serangan pemikiran~ Ghazwul Fikr




Menyelongkar masalah ummah.

Sedarkan umat yang sedang nazak ini..

Bukakan mata buat yang masih tak mengetahui..

WHO ARE YOU??

Tuesday, April 13, 2010

Hanya ditaraf hamba


HANYUT- UNIC


Cipta Dari Segumpal Darah
Jelma Seraut Wajah
Rahsia Agungnya Kudrat Tuhan
dan Dihembuskan Nyawa
Diikatkan Janji
Tunduk Hanya Kepadanya

Namun Hakikatnya Hidup Sarat Pesona Dusta
Dugaan Tuk Menguji Kehambaan
Tiada Tempat Berlindung Dari fitnah Dunia
Selain Perlindungannya

Berkurun Terukir Sejarah Alpa
Manusia DiHanyut Indah Yang fana
Terlupa Pada fitrah Wujudnya
Hanya Ditaraf Hamba
Tenggelam Pada Bisikan Dunia
Tak Sedar Langkah Mudik Ke Sengsara
Tergoda Pada Hasut Sengketa
Rebut fatamorgana

Telah disuluhkan laluan
Diberi segala pedoman
Seiring akal dan fikiran
Mengapa kehilangan

Telah tertulis pengakhiran
Pada selembar takdir insan
Jiwa yang penuh penyerahan
Itu yang dijanji syurga~

the best song ever heard, masyaAllah!

Friday, April 9, 2010

Lelaki tua itu...

Pagi itu aku melangkah laju. Sudah menjadi kebiasaan, aku sering lewat keluar dari rumah hanya kerana kedudukan rumahku yang terlalu hampir dengan fakulti. Senang dan mudah mendapat bas yang jaraknya hanya 1 stesyen. Kadang-kadang malu juga bila naik dan turun bas hanya untuk satu stesyen sebab terlalu dekat. Tambahan pula warga Czech disini gemar berjalan daripada menaiki bas. Lebih-lebih lagi bila musim bunga dan musim panas yang sememangnya musim kegemaran mereka. Masakan tidak, bila tiba sahaja musim itu, bandar Hradec yang sepi ini terasa berpenghuni. Baru sedar jiran-jiran yang belum pernah dilihat sebelum ini. Kadang-kadang kelakar bila memikirkan hal itu. Kerana itu juga tak hairanlah di negara sendiri, mat saleh- mat saleh ini suka berjemur di bawah terik matahari tatkala kita di rumah menaikkan suhu air-cond atau kipas angin.

Jam menunjukkan 7.50pagi. Nampaknya aku tiada pilihan selain menaiki bas. Kalau berjalan kaki, insyaAllah boleh sampai tapi kebarangkalian untuk sampai tepat 8.00pagi adalah rendah. Esok, kena usaha lagi keluar awal, hati berbisik.

Dari kejauhan itu, seorang lelaki tua berkot coklat sedondon dengan seluarnya menarik perhatianku. Sebelah tangannya membimbit beg kecil yang agak sarat manakala sebelah lagi memegang hulu tongkat. Tubuhnya sedikit bongkok dan jalannya sedikit terketar. Pemandangan sebegini sering kelihatan disini tetapi kali ini lelaki tua itu benar-benar mencuit hatiku.

Dia kini berada 50meter dihadapanku, menuju ke zebra-crossing yang disediakan untuk melintas. hari ini tidak kelihatan polis trafik yang selalunya mengawal lalu lintas. Dah tamat shift agaknya. Lelaki tua itu memandang kiri dan kanan. Tingkahnya aku perhatikan sambil meneruskan langkahanku. Hatiku tercuit. Dia mirip seseorang. Nampaknya aku bakal bersaing dengan pakcik ini, hati kecilku berbicara tatkala melihat dia tidak berjaya lagi melintas.

Setibanya aku disisi lelaki tua itu, dia sudah mula memulakan ayunan langkahan. Melihat hanya kami berdua sahaja yang melintas, aku melambatkan langkahan kakiku supaya seiring dengan langkahannya. Sungguh saat itu aku terasa mahu menuntunnya, membimbit beg yang dipegangnya, membantunya untuk berjalan seperti yang aku pernah lakukan kepada seseorang satu ketika dulu. Hatiku tertarik-tarik saat itu. Tapi entahlah, saat itu aku terasa amat malu untuk lakukan sedemikian. Aku tidak tahu apa yang menghalang aku tetapi aku benar-benar rasa terkawal. Ya Allah, sepanjang langkahan lelaki tua ini, hati ini bagai disayat2. Tatkala dia sedar akan kehadiran aku disisinya, melalui ekor mataku, aku sedar dia memandangku. Sekali lagi aku benar-benar tiada kekuatan untuk melihatnya. Agaknya dia sedar langkahan aku yang sengaja dilambat-lambatkan. Aku cuma ingin memberitahunya 'tak mengapa pakcik, jalanlah perlahan-lahan. tak perlu laju-laju' dengan perbuatanku itu. Hanya itu yang mampuku buat.

Setibanya aku diseberang jalan, selesai memastikan pakcik itu melintas dengan selamat aku melajukan ayuhan langkahku. Aku langsung tidak menoleh kearah lelaki itu. Sungguh, rasa kesal bermain-main difikiran. Kenapa, kenapa, kenapa? Kenapa aku tak bantu dia? kenapa? Dan secara jujurnya, aku tak dapat memaafkan diriku atas perbuatanku. Tiada salahnya memimpin lelaki tua yang hendak melintas. Tiada salahnya membantu meringankan beban. Orang takkan pandang pelik. Itu normal. Dan cuba bayangkan orang itu adalah orang tuaku. Ya Allah, rasa bersalah datang bertubi-tubi. Rasa nak menangis ketika itu. Saakella!!!!! ape yang dah kau buat ni?? Hati menjerit dalam diam. Sungguh rasa bersalah itu masih melekat dihati. Dan sungguh rindu itu datang lagi..

Pedulikan bangsanya, warna kulitnya. Dia adalah manusia. Dia orang tua yang perlu dibantu. Ya Allah, rasa kesal ini perlu diubat. Ubatnya, aku TAKKAN ulangi lagi malu yang tak bertempat ini. Ubatnya, aku perlu terus membantu tanpa rasa ragu-ragu. Barulah rasa kesal dan bersalah itu lenyap. Jangan malu untuk membantu. Biar orang judge kita apa-apa, but we just do the right. Janji kella! Yup, aku janji.....
Photobucket