Tuesday, January 18, 2011

A lesson..


Hey kella, siapkan presentation lah!

=p.. sengih + muka seposen.. tak mau! dah la kena buat karangan, pastu dalam Czech pulak.. tak mahu!

Baek ku buat benda lain. (mode degil dah keluar)

nak buat ape ye..

Hurm, tadi ade dengar dari kawanku (Fatehah) yang belajar di Cairo(Kaherah), Mesir tentang satu kejadian yang meragut nyawa seorang pelajar di sana. Punca kematian adalah kerana keracunan gas pemanas air. Innalillahi wainna ilaihi raajiun..

Pelajar(arwah) itu junior kawanku disana. Nama arwah Nurul Iman Binti Ab Alim (sedap namanya).
kalau nak baca lebih lanjut boleh klik disini: Nurul Iman

Moga Allah menempatkannya dikalangan hambaNya yang soleh dan solehah..amin..
(teruja bila jasadnya dikebumikan di kaherah, mesir~ bumi anbiya'.. subhanallah.. istimewanya Nurul iman ini..)

Dia meninggal sehari sebelum exam subjek Pathology. Aku agak terasa disini. Kematian itu datang tanpa menunggu seharipun, apatah lagi sesaat.

Terpukul sedikit..Rasa risau dan bimbang tatkala diri tengah busy menyiapkan diri untuk menghadapi exam, malaikat Izrael datang menjemput terlebih dahulu. Sangat2 bimbang kerana tak sedar kadang-kadang persediaan untuk kematian itu terlengah seketika tatkala exam datang menjelma. Naudzubillah..

Tapi aku perlu sedar yang kematian boleh tiba bila-bila masa sahaja. Dimana-mana.. tak kira masa dan siapa. Manusia itu hanya menunggu masanya sahaja.. dan masa itu hanya Dia sahaja yang tahu~

Pengajaran buat diri yang selalu lupa.. benarlah, kematian seseorang selalu menjadi pengajaran kepada manusia yang lain. dan kita yang masih hidup kena ambil pengajaran itu untuk diri kita..
Kella, seimbangkan dunia dan akhirat.

satu nasyid yang aku sangat2 suka time KTT dulu, sebelum kutahu maksudnya.. bila tahu maksudnya kulagi jatuh cinta!




p/s:tetiba rasa semangat nak study~~ dah, gi buat cz tadi.. jangan degil2 dah.. ape yang dapat kalau degil? kena buat jugakkan...

matahari dah menyinar terang dua tiga hari nie.. lumut bahagia tumbuh disinari mentari padahal aku masih mengharap 2nd wave salji~~ (sudahlah~tahun depan pulakk..)

No comments: