Friday, August 14, 2009

jauh perjalanan....

alhamdulillah, alhamdulillah..
sebulan berlalu dengan penuh pengisian, insyaAllah. 3minggu penuh dengan pengisian novel(^^) dan 1minggu dengan mukhayyam(kem). alhamdulillah, ade pengisian. tak sepenuhnya duduk saja di rumah.

novel pertama



sesuai untuk pembacaan golongan berumur(30-40thn). tak sesuai buat yang belum berkahwin..hehe..aku silap beli.. novel nie ade 4 cerita..semua cerita daripada watak2 cite terdahulu.. kisah mereka dari cite jauh, sehangat asmara,dan lain-lain(lupe)..kisah mereka menghadapi konflik rumahtangga yang dah lama dibina. masing2 ade cerita masing2.. dan aku still enjoy je bace..hehe

novel kedua



Deskripsi Singkat : Novel Ketika Cinta Bertasbih menceritakan tentang Azzam mahasiswa Al-Azhar Cairo yang menyambi sebagai pedagang bakso dan tempe untuk menghidupi ibu dan adik-adiknya di Kartasura. Azzam sangat rajin bekerja, memasarkan tempe-tempenya ke kalangan ibu-ibu Indonesia yang tinggal di Mesir. Dia juga menerima pesanan bakso untuk acara-acara yang diselenggarakan oleh KBRI. Karena seluruh
waktunya lebih banyak dia gunakan untuk membuat tempe dan berjualan bakso, maka kuliahnya agak terlantar. Sehingga sudah 9 tahun dia mengambil S1 di Al-Azhar tapi belum lulus juga. Sebenarnya Azzam adalah anak yang cerdas terbukti pada tahun pertama di Al-Azhar dia lulus dengan predikat jayyid jidan atau sangat memuaskan.

bagi aku: novel ini memang membangun jiwa.. dia sanggup org kenali dia sebagai mahasiswa tua yang tak lepas-lepas sebab lebih suka menjual bakso daripada org mengenali dia seorang abang yang berkorban diri demi adik2 di indonesia.. dia pelajar bijak. tahun pertama sebelum kematian ayahnya, dia pelajar cemerlang dgn pangkat jayyid jidan.. seketika aku termangu..ada seribu rasa terselit di hati.. teringat kisah dulu. kisahku. dan aku bersyukur. seribu kali syukur kerana kisahku bukan seperti azzam. dan aku xmampu jadi sekuat azzam. dan aku tahu Allah xkan membebankan hambaNya dengan bebanan yang mereka xmampu.. (sujud syukur padaMu)

dan yang best sekali, penulis menerbitkan unsur2 perasaan cinta dalam hati azzam tetapi dia berjaya menutup perasaan cinta itu dengan alihkan cintanya kepada Allah dan keluarganya.dia ade kekuatan sendiri untuk mengawal perasaan yang selalunya disogok dengan bisikan2 syaitan. indah ayat2 yang ditulis oleh habiburrahman ini. dan tulisan2 dia mampu menerbitkan rasa logik akal dan boleh diterima oleh hati yang sering diburu perasaan cinta ini. subhanallah!

rugi xbaca.. best sgt2!





novel ketiga

deskripsi ringkas: Ada beberapa cerita yang telah usai di Ketika Cinta Bertasbih 1 dan tidak sedikitpun tertulis kembali di KCB 2, seperti halnya kisah kekecewaan Fadhil ketika seseorang yang sangat berarti dalam hidupnya, yang ia pernah harapkan dapat menjadi belahan jiwanya ternyata menikah dengan sahabatnya sendiri.

Konflik tajam terjadi pada beberapa bagian dari novel “Ketika Cinta Bertasbih” diantaranya pada shubuh hari ketika terjadi keributan di rumah Azzam, disana diceritakan tentang seorang paman yang akan menembak dan membunuh keponakannya sendiri. Kemudian klimaks cerita ini terjadi ketika terjadi kecelakaan dimana yang menjadi korbannya adalah Azzam dan Ibunya, mereka terpelanting jatuh dari atas sepeda motor karena tertabrak bus yang ugal-ugalan, sampai akhirnya Azzam harus rela berbaring di rumah sakit menderita patah tulang, sementara ibunya berpulang menghadap ke hadirat Allah SWT.

bagi aku: aku belajar daripada novel ini yang jodoh xkemana. biarpun anna althafunnisa telah berkahwin dengan furqan, tetapi jodoh dia dengan azzam dah tertulis dah. jadi memang anna still jadi milik azzam..seronok sangat bila baca cerita nie.banyak pengajaran dapat..insyaAllah, membangunkan cinta, bukan jatuh cinta..^^

akan datang: Mikhail by Ramlee Awang Mursyid dan Pelangi by Hlovate,Noorsuraya dan..(sorg lagi, xingat nama..sorrie) aku baru bace hlovate punyer cite-ked's story..sweet n charming..hehe


n then mukhayyam di FRIM kepong..

banyak benda aku tahu, banyak benda aku belajar, banyak benda aku hayati.. alhamdulillah, pejuangan dakwah ini akan berterusan, insyaAllah..

apa yang aku belajar, sekali kita di jalan ini, jangan berpaling arah kerana dosanya sama dengan lari dari medan perang..azabnya.. nauzubillah himin zalik..

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali agama Allah, dan janganlah kmu bercerai berai dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari sana. demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk"

surah al-imran:103


moga ukhwah yang terjalin bersama sister2 di sana akan berkekalan.. insyaAllah, ukhwah kita semua kerana Allah..


dan pada khamis 13 august 2009

aku meraikan kehadiran pelajar2 baru yang akan ke czech republik pada tahun ini.

dalam program BBC(Borak2 Czech)

ramai jugak yang datang n mostly dyorang g prague.. yang akan ke HK dijangka 26 orang tetapi yang hadir hanya 3 orang..huhu..lagi ramai fasi Hk daripada peserta..haha..xpe, lgi banyak leh kongsi kan..^^


dan akhirnya aku akan bertapak semula ke perak esok setelah seminggu di selangor ini..

rindu pulak kat mama,dan semua..hehe..

oklah, sampai disini saja.tak lupe jugak nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan pada semua umat Islam spesifiknya teman-teman baik di malaysia ataupun di czech republic yang dijangka tida pada22 ogos ini insyaAllah..moga kita dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan di muka bumi ini.


tak lupe jugak ingin mengucapkan takziah kepada keluarga ustaz Asri(Rabbani) yang telah ke rahmatullah semalam. moga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dikalangan para syuhada' walsolihin..al-fatihah


wallahualam..salam kerinduan buat semua teman2..teruskan perjuanganmu sampai ke titisan darah terakhir..doa sentiasa buatmu semua..


salam alaik..



Photobucket